Thursday, 26 April 2012

10 KERETA TERMAHAL DUNIA 2012

Kereta menjadi satu aset yang sering kali di banggakan. Siapa ada kereta mewah boleh kata ‘hot stuff’ & ‘market’ la. Jom tengok antara 10 kereta termahal dunia pada tahun 2012. Berikut adalah 10 kereta paling mahal tahun ini yang dikeluarkan oleh Majalah Forbes. Ni harga kat luar negara.kalau kat malaysia kena tambah tax 100%, roadtax, insurance lagi...fuhhhh!!!

10. Porsche 918 Spyder (USD 845,000)




KERETA ZIZAN RAJA LAWAK DAN AARON AZIZ

Gambar dibawah ni adalah dua individu yang cukup terkenal bahkan nama mereka sudah digandingkan dalam satu filem yang penuh aksi dan sadis, siapa lagi, Zizan Raja Lawak dan Aaron Aziz la. Kali ni mereka digandingkan untuk bersama-sama mempamerkan/menunjukkan kereta sport mereka masing-masing, yang rata-rata harga ratusan ribu ringgit terutama kereta Aaron Aziz, Nissan Skyline GTR R-35 dan Zizan, Mitsubishi Evo 10.


Monday, 23 April 2012

MASALAH PROTON PREVE YANG DAPAT DIKESAN


Belum pun sampai seminggu pelancaran Proton Preve, dah timbul masalah2 Proton Preve yang berjaya di spot oleh pemandu. Gambar-gambar di bawah adalah yang di ambil dari pemanduan uji Proton Preve.



PROTON PREVE 2012

Proton Preve Model Proton Baru 2012. Akhirnya model proton terbaru 2012 telahpun diketahui namanya iaitu Proton Preve. Proton Preve telah dibandingkan dengan Toyota Vios dan juga Honda City dan nampaknya ia memiliki kelas yang tersendiri.

 Dengan harga yang jauh lebih murah berbanding dua model yang dibandingkan ini, Proton Preve juga mempunyai banyak kelebihan tersendiri.




POLIS MALAYSIA YANG MEMALUKAN


Video ni dirakamkan secara senyap di dalam bas..beginikah polis malaysia melayan pelancong...hm.......



                                

CARA TERBAIK NAK TARIK KERETA YANG PARKING SECARA HARAM


SUV DARI LAMBORGHINI - LAMBORGHINI URUS

Lamborghini terkenal sebagai pengeluar kereta lumba berprestasi tinggi. 23 April lepas di Pameran Kereta Beijing mereka memperlihatkan Lamborghini Urus, SUV kedua mereka selepas LM002 yang dikeluarkan pada tahun 1986. Lambo Urus dijangka memasuki pasaran sekitar 2015 dan ianya akan diperkasakan dengan enjin V12 600 kuasa kuda. Harga jualan pula disekitar USD 200 000 sebuah. Jika anda tertanya-tanya, URUS ialah nama panggilan sejenis lembu dari Sepanyol.


Monday, 16 April 2012

TATU 3D TANPA MENGGUNAKAN KACA MATA 3D

Glerrr timbul...hahaha


HTC ONE X 1.5GHZ QUAD CORE

Td aq gi midvalley.saja nk usha htc one x nie..terbaik gler...Htc dengan model terbaru mereka siri One dalam golongan telefon pintar akan membuat sesuatu perubahan yang besar dalam pasaran Android. Dengan perkakasan yang menarik, ciri-ciri komputer yang mengagumkan, Android 4.0 ICS dan UI Sense yang baru ini akan membuatkan mereka antara yang terbaik.
AT&T telah bercadang akan membawa masuk versi One X ini ke pasaran U.S.apa yg terbaiknye ialah telefon ini akan menggunakan prosessor quad core yang amat berkuasa.  Selain itu, One X akan menggunakan teknologi 4G LTE  dan akan dikenali juga sebagai HTC “Jet”. HTC One X ini mempunyai 5 pekara yang unik iaitu:



PEROKOK DUNIA!!!

sape2 yang nak hisap rokok cuba buat macam nie dlu ye...

PHONE OTECH F1 YANG SUPPORT 4 SIMKAD

Hp buatan china nie mempunyai 4 simkad yg leh aktif serentak..menggunakan keyboard QWERTY..kamera 12.1mp..gler bak hang...bluetooth dan fm radio terbina di hp nie...tp adakah ada tak pening untuk melayan 4 nombor dlm satu masa???


KEYBOARD TANPA WAYAR DENGAN KUASA SOLAR - LOGITECH WIRELESS SOLAR KEYBOARD K750

Keyboard ini menggunakan tenaga suria dan cahaya lampu . Ia disertakan dengan aplikasi yang memberitahu semua tentang keyboard seperti status simpanan kuasanya sama ada ia meningkat atau menurun dan akan memberitahu penggunanya apabila simpanan kuasanya semakin menurun. TERBAIK!!!!!!

Sunday, 15 April 2012

YUNA MENYANYI DI RANCANGAN BUAL BICARA DI U.S.A








kita mungkin bleh brbngga lh dengan Yuna,penyanyi terknal di Malaysia,berjaya menempah nama di negara orang.Bukan sebarang negara tu,Amerika owh.Yuna juga nominate dlam Nickelodeon Kids Choice Awards ( Favorite Asian Act ),tp klah.Bakal releasekn albumnya di U.S pada bulan April ni,all the best Yuna!!!

Saturday, 14 April 2012

BBM UNTUK ANDROID DAN IOS

BBM untuk Android dan iOS telah diperkatakan sejak daripada tahun lepas, dan kini ia dilaporkan  yang mana Research In Motion, syarikat disebalik BlackBerry mensasarkan untuk melancarkan BBM untuk Android dan iOS pada tahun ini. Aplikasi permesejan popular daripada BlackBerry ini dijangka akan disertakan bersama-sama dengan aplikasi Mobile Fusion untuk iOS dan Android.
Walaubagaimanapun, buat masa ini, tarikh pasti pelancarannya masih tidak diketahui lagi. Melalui paparan skrin yang kelihatan, ia menunjukkan yang mana aplikasi yang dijalankan dilabelkan sebagai BBM untuk Android 0.8.87. Melalui paparan skrin tersebut juga, ia kelihatan yang mana ujian untuk iPhone turut dilakukan pada masa yang sama.
Buat masa ini, seperti biasa, RIM masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengannya. Namun persoalannya, dengan sokongan pelbagai aplikasi seperti What’s App, ChatON dan sebagainya, adakah para pengguna akan menggunakan BBM pada peranti mereka sekiranya ia benar-benar dilancarkan kelak?





 




HANDPHONE TOUCHSCREEN YG TAHAN LASAK - MOTOROLA DEFY

Dari beberapa banyak hp touchsreen yang berada di pasaran, mungkin hp  ini adalah hp yang memiliki kemampuan outdoor, dengan ketahanan IP 67 menjadikan hp ini menjadi hp yang tahan banting, seperti tahan direndam air selama 30 menit, jatuh dari ketinggian berapa meter. Jika melihat design nya yang sangat cantik seperti gambar dibwh ini semua orang tidak akan menyangka kekuatan hp ini, hp ini memiliki kekuatan kerana dilengkapi screen Gorilla Glass 3.7 inci, seluruh body yang terbuat dari getah yang tertutup rapat yang berguna untuk mengurangi kemasukan air. Untuk spesifikasi hp ni , bagi anda yang suka mengambil gambar, hp ni tersedia dgn kamera 5 Megapixel, dan mampu menampung memori hingga 32 Gb, untuk OS Motorollad Defy menggunakan Éclair, harga hingga saat ini untuk Motorolla Defy lebih kurang RM2499.

OS: Android 2.1 Éclair
Network: EDGE, GPRS, 3G
Screen: Touchscreen Capasitive 16 Juta warna 3.7 inchi
Resolution: 480x854 pixel
Connectivity: Bluetooth, wifi, USB
Internal Memory : 2GB
External Memory: 32GB
Battery: 1540 mAh
Camera: 5 Megapixel

BATTLESHIPS...MAI TGK RMAI RMAI

aku bru je g tgk battleships smalam,citer ni mengisahkan alien dtg nk serang bumi,stelah pakr sains yg bodoh(nookkkharammmmmm...muahaha)antar signal kt diaorg dn exposekn bumi pada diaorg,so,bermulalah perang antara manusia dan alien.cte ni daripada 5,ak bg 4.5 lh,jlan cter best dan tersusun.Apa lg,p ajk kawan-kawan,saudara mara,pakwe,makwe,mak,abah,abang,kakak dan adik tgk eh,cte ni durasinya lebih kurang 2 jam 30 minit,x rugi tgk....nasib bek tmpt ak tiket RM11 je,hahaha


ROLLS ROYCE PININFARINA HYPERION

Selalunya bila dah kaya, seseorang itu mahukan sesuatu yang unik sebagai bukti status kekayaan mereka. Bayi yang kaya sedikit mereka beli barangan buatan Apple. Bagi yang kaya sederhana mereka membeli kereta mewah macam Ferrari. Yang kaya banyak mereka akan beli bot mewah. Yang kaya melampau tahap anjing pula macam mana? How about menyuruh syarikat rekaan Pininfarina untuk menghasilkan kereta Rolls Royce versi custom. You can say this is like Pimp My Ride versi jutawan tak sedar diri. Ianya sebuah Rolls-Royce Drophead Coupe yang diubah suai atas arahan Robert Hall, seorang jutawa yang mahukan kereta custom yang tidak mampu dimiliki oleh rakan-rakan jutawan beliau yang lain. Pada tahun 2008 kereta one of a kind ini dipertontonkan kepada umum dan baru-baru ini kereta ini akhirnya dijual di Abu Dhabi dengan harga sarana USD 6 Juta . Jika anda bosan dengan Rolls Royce default anda, silalah beli Rolls Royce Pininfarina Hyperion ini!





LAMPU LALU LINTAS YANG UNIK DAN PELIK





HUHU...PELIK BAK HANG...

TEMPAT LETAK KERETA PALING COOL BAK HANG

Berikut adalah gambar tempat parking kereta paling hebat bak hang,Dimana pemilik kereta tersebut meletakkan keretanya di ruangan bawah tanah.Ruangan parking kereta ini dibina bertujuan untuk Keselamatan dan penjimatan dari segi ruangan.


SURAT KHABAR 3D YANG PERTAMA DIDUNIA BAK HANG

Selalunya kita tengok wayang 3D, tv 3D. Tapi zaman sekarang makin canggih bak hang. Surat khabar pon dh de yg 3D. China telah membuat surat khabar 3D tu buat kali pertamanya di dunia.
 

 
Semenjak China menerbitkan surat khabar tiga dimensi,menyebabkan permintaan masyarakat surat khabar 3-D ini semakin banyak dan mereka menginginkan lebih banyak lagi terbitan surat khabar 3D tersebut. Mendapat respon yang positif, maka para media massa juga merancang untuk memenuhi permintaan masyarakat tersebut.Surat khabar harian Hangzhou akan menerbitkan surat khabarnya dalam format 3D juga, akan tetapi hanya dalam jumlah terhad untuk perkenalan awal.
 
 

Tabloid Inggris, The Sun, juga sudah mengumumkan bahwa mereka akan mengeluarkan surat khabar versi 3D terbitannya.Foto-foto di surat khabar 3D ini pasti akan terlihat menarik sekali, oleh sebab itu bagi pemasang iklan 'rumah dijual' dalam surat khabar jenis 3D ini merupakan media yang sesuai untuk mereka. Karena foto yang bagus akan lebih menarik bagi para pembeli rumah.
 
 
 
 

MOYANG KEPADA TEKNOLOGI TOUCH SCREEN


Sebelum ada iPad 2, Iconia Tab mahupun Samsung Galaxy Tab, peranti ini adalah ‘moyang’ kepada tablet canggih yang Anda nampak pada hari ini. Apple Newton MessagePad 2000 adalah tablet lama zaman ‘old school’ diperkenalkan pada 21 Mac 1997, beroperasi menggunakan Newton OS, prestasinya dipacu oleh cip pemproses StrongARM 110 dengan kepantasan 162Mhz,RAM sebanyak 5MB, dua slot PCMCIA disediakan untuk membuat sambungan ke talian internet juga untuk menambah jumlah simpanan cakera keras sama seperti sebuah flash drive. Harga pada pertama kali ia dijual adalah $950 Dolar Amerika, bersamaan RM2,850.
Paparan Apple Newton MessagePad 2000 adalah biasa saja, dalam skrin LCD tulisan hitam menggunakan latar cerah seperti monokrom. Baterinya tahan selama 9 jam walau dengan penggunaan berterusan, mungkin sekarang jika Anda masih guna, baterinya mampu bertahan sehingga 2-3 jam sahaja. Sesiapapun pada pertama kali memegang peranti ini pasti mudah untuk mempelajari fungsinya, tetapan dan memahami cara menggunakannya.
Storan dalaman cuma ada 4MB, skrin bersaiz 5.5 inci dengan sebatang stylus di gunakan sebagai pointer, ruang interface depannya membolehkan Anda mencatat nota dengan tulisan tangan sahaja, inilah asas kepada teknologi yang ada pada Samsung Galaxy Note juga peranti PDA lain. Aplikasi yang terdapat pada peranti ini adalah word processor, spreadsheet seperti Microsoft Excel, email dan Personal Instant Messaging (PIM). Berbaloi untuk dimiliki khasnya untuk dijadikan koleksi peribadi..Storan dalaman cuma ada 4MB, skrin bersaiz 5.5 inci dengan sebatang stylus di gunakan sebagai pointer, ruang interface depannya membolehkan Anda mencatat nota dengan tulisan tangan sahaja, inilah asas kepada teknologi yang ada pada Samsung Galaxy Note juga peranti PDA lain. Aplikasi yang terdapat pada peranti ini adalah word processor, spreadsheet seperti Microsoft Excel, email dan Personal Instant Messaging (PIM). Berbaloi untuk dimiliki khasnya untuk dijadikan koleksi peribadi..