 |
Blackberry Playbook |
1.
Blackberry Playbook . Jika Blackberry PlayBook adalah
betul-betul sebuah buku atau novel, ia akan menjadi cerita yang
menyedihkan pernah dikisahkan kepada manusia. Ia bermula dengan pilihan
pelik apabila pembangun PlayBook diketepikan dalam pembangunan aplikasi
untuk e-mel, hubungan atau contact dan kalendar dari tablet. Ia seakan
memberitahu kita RIM sebagai syarikat pengeluar mungkin ditafsir sebagai
"tablet profesional paling buruk dalam prestasi". Lebih menjengkelkan,
aplikasi hiburan dan sosial popular rangkaian sosial dan hiburan seperti
Facebook dan Angry Birds tiada ketika pelancarannya buat pertama kali.
Lebih memburukkan lagi keadaan, RIM telah melambatkan kemaskini OS 2.0
untuk PlayBook, naik taraf perisian yang kritikal untuk survival tablet,
sehinggalah Februari tahun ini. RIM juga kelihatan terpaksa
mengurangkan harga PlayBook kepada $199 walaupun enam bulan sebelum itu,
tablet tersebut dilancarkan dengan tag harga $499. Menurut Los Angeles
Times, RIM memaklumkan pada awal Disember 2011 bahawa ia kehilangan $485
juta disebabkan oleh PlayBook yang tidak terjual.
 |
Jawbone Up |
2.
Jawbone Up. Datang dari sebuah syarikat yang paling dikenali
untuk pembuatan fon telinga (headset) bluetooth, Jambox yang popular,
pelancaran bulan November lalu bagi gelang tangan pengesan kecergasan
(fitness) Jawbone Up menunggu dengan jangkaan yang tinggi (kejayaan yang
memberangsangkan). Sehingga ia dipasarkan sebagai alat yang dipakai di
pergelangan tangan yang mengesan tabiat tidur, makan dan senaman
pengguna mendapat maklum balas negatif dari kalangan penguji seperti
Engadget yang menyifatkannya sebagai memalukan. Malah, ramai pengguna
melaporkan peranti itu tidak berfungsi sehingga pada Disember, Jawbone
memutuskan untuk memulangkan semula duit sesiapa yang tidak berpuas hati
dengan produk itu. Pada masa itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua
Pegawai Eksekutif Jawbone memaklumkan syarikat tersebut menghentikan
pengeluarannya yang bersifat sementara bagi mengesan beberapa kapasitor
papan litar yang dikatakan menjadi punca masalah.
 |
Motorola Xoom |
3.
Motorola Xoom. Apabila ia dilancarkan pada Februari, tablet
Motorola Xoom dikatakan cukup mantap sebagai pembunuh iPad, dan ramai
orang mahu ia betul-betul direalisasikan (sebelum kedatangan Samsung
Galaxy Tab). Peliknya, Motorola Xoom mempunyai ciri-ciri yang menarik
ketika itu, Google Android 3.0 (Honeycomb) dan sambungan 4G LTE,
Motorola berjaya untuk memasarkan kira-kira 100,000 Xoom pada suku
ketiga 2011. Berapa banyak iPad yang dipasarkan dalam tempoh masa yang
sama? 11 juta. Ulasan awal kebanyakannya tampak positif, tetapi terdapat
beberapa sebab mengapa Xoom gagal untuk berkembang maju. Salah satunya
ialah Honeycomb itu sendiri yang telah dilabelkan sebagai tidak stabil
dan tidak lengkap. Harga juga menjadi penghalang: $800 tanpa kontrak.
 |
Nintendo 3DS |
4.
Nintendo 3Ds. Sebaik saja Nintendo 3D Tanpa Cermin Mata
berharga $250 iaitu konsol permainan mudah alih yang dilancarkan di
seluruh dunia pada bulan Mac dan seterusnya mencatatkan jualan yang
sangat suram. Syarikat akhirnya memahami ia berpunca dari harga yang
tidak masuk akal serta pilihan terhad permainan 3D yang ditawarkan.
Dalam usaha meningkatkan jualan, Nintendo mengumumkan pada Julai 2011
bahawa ia akan mengurangkan harga 3Ds kepada $170. Ia berjaya, tetapi
Nintendo terpaksa membayar dengan pengorbanan yang besar untuk diskaun
tersebut. Seakan sudah terlambat. Pada bulan Oktober 2011, pembuat
permainan Jepun berkata ia mencatatkan kerugian tahunan yang pertama
dalam tempoh tiga dekad.
 |
Flip Cisco |
5.
Flip Cisco. Pada bulan April 2011, Cisco kelihatan membunuh
kamera Flip yang meningkat naik, iaitu barisan perakam video mini yang
disifatkan akhbar The New York Times sebagai "salah satu cerita kejayaan
besar teknologi sejak dekad yang lalu". Langkah itu adalah sebahagian
daripada rancangan untuk menyusun semula syarikat dan termasuk membuang
550 orang kakitangan. Cisco telah membeli Pure Digital Technology Inc,
iaitu pembuat asal kamera Flip, pada tahun 2009 dengan harga $590 juta.
Walaupun sesetengah mencadangkan bahawa langkah itu adalah disebabkan
persaingan yang mampu mengalahkan kamera telefon pintar yang terhad
ketika membuat panggilan video (kekuatan Cisco). Flip sebenarnya
meningkat daripada $4.5 juta pada 2009 kepada $5.7 juta pada tahun 2010
dari segi jualan, mengikut laporan dari Persatuan Elektronik Pengguna
tapi peliknya Cisco tidak meneruskan Flip mereka. Walaupun Cisco tidak
akan mendedahkan sebab penamatan, The New York Times melaporkan bahawa
kamera Flip popular tidak pernah relevan bagi syarikat yang dikenali
terutamanya untuk perkhidmatan rangkaian entepris.
No comments:
Post a Comment