Saturday, 14 April 2012

MOYANG KEPADA TEKNOLOGI TOUCH SCREEN


Sebelum ada iPad 2, Iconia Tab mahupun Samsung Galaxy Tab, peranti ini adalah ‘moyang’ kepada tablet canggih yang Anda nampak pada hari ini. Apple Newton MessagePad 2000 adalah tablet lama zaman ‘old school’ diperkenalkan pada 21 Mac 1997, beroperasi menggunakan Newton OS, prestasinya dipacu oleh cip pemproses StrongARM 110 dengan kepantasan 162Mhz,RAM sebanyak 5MB, dua slot PCMCIA disediakan untuk membuat sambungan ke talian internet juga untuk menambah jumlah simpanan cakera keras sama seperti sebuah flash drive. Harga pada pertama kali ia dijual adalah $950 Dolar Amerika, bersamaan RM2,850.
Paparan Apple Newton MessagePad 2000 adalah biasa saja, dalam skrin LCD tulisan hitam menggunakan latar cerah seperti monokrom. Baterinya tahan selama 9 jam walau dengan penggunaan berterusan, mungkin sekarang jika Anda masih guna, baterinya mampu bertahan sehingga 2-3 jam sahaja. Sesiapapun pada pertama kali memegang peranti ini pasti mudah untuk mempelajari fungsinya, tetapan dan memahami cara menggunakannya.
Storan dalaman cuma ada 4MB, skrin bersaiz 5.5 inci dengan sebatang stylus di gunakan sebagai pointer, ruang interface depannya membolehkan Anda mencatat nota dengan tulisan tangan sahaja, inilah asas kepada teknologi yang ada pada Samsung Galaxy Note juga peranti PDA lain. Aplikasi yang terdapat pada peranti ini adalah word processor, spreadsheet seperti Microsoft Excel, email dan Personal Instant Messaging (PIM). Berbaloi untuk dimiliki khasnya untuk dijadikan koleksi peribadi..Storan dalaman cuma ada 4MB, skrin bersaiz 5.5 inci dengan sebatang stylus di gunakan sebagai pointer, ruang interface depannya membolehkan Anda mencatat nota dengan tulisan tangan sahaja, inilah asas kepada teknologi yang ada pada Samsung Galaxy Note juga peranti PDA lain. Aplikasi yang terdapat pada peranti ini adalah word processor, spreadsheet seperti Microsoft Excel, email dan Personal Instant Messaging (PIM). Berbaloi untuk dimiliki khasnya untuk dijadikan koleksi peribadi..

No comments:

Post a Comment