Monday, 16 April 2012

HTC ONE X 1.5GHZ QUAD CORE

Td aq gi midvalley.saja nk usha htc one x nie..terbaik gler...Htc dengan model terbaru mereka siri One dalam golongan telefon pintar akan membuat sesuatu perubahan yang besar dalam pasaran Android. Dengan perkakasan yang menarik, ciri-ciri komputer yang mengagumkan, Android 4.0 ICS dan UI Sense yang baru ini akan membuatkan mereka antara yang terbaik.
AT&T telah bercadang akan membawa masuk versi One X ini ke pasaran U.S.apa yg terbaiknye ialah telefon ini akan menggunakan prosessor quad core yang amat berkuasa.  Selain itu, One X akan menggunakan teknologi 4G LTE  dan akan dikenali juga sebagai HTC “Jet”. HTC One X ini mempunyai 5 pekara yang unik iaitu:





1. CPU yang berkuasa tinggi dimana menggunakan 1.5GHz Quad Core chipset dengan 4 core CPU. Ini akan melancarkan penggunaan telefon secara multi tasking, respon yang cepat semas bermain video game, melayari internet dan juga memuat turun aplikasi.




2. Kamera yang beresolusi tinggi yang membuatkan anda merasakan telefon ini sebagai kamera digital. Penggunaan kamera ini amat mudah dikendalikan dimana ia menggunakan HTC Image Chip yang akan mengawal pencahayaan. anda juga merakam video sambil menangkap gambar dlm satu masa.



3. Muzik yang original dapat dinikmati oleh pengguna One X dimana kualiti speker yang digunakan adalah seperti anda mendengar artis di rakaman studio.speaker One X nie telah mendapat sentuhan dari Beats By Dr.Dre..terbaik doh.



4. Skrin yang lebar akan memberi kepuasan kepada pengguna semasa bermain game dan juga menonton video. Anda akan mendapat kejelasan menakjubkan, maklumat yang jelas dan pelbagai warna yang dipertingkatkan. Dan dengan hanya satu swipe, anda bole memaparkan video secara terus ke TV anda tanpa meggunakan wayar.Skrin One X nie juga menggunakn gorilla glass seperti iphone skrg yg tidak akan calar walaupun tanpa screen protector..



5. Rekaan yang bercorak canggih adalah tepat kepada pengguna yang berminat dengan rekaan canggih. Binaan telefon ini dengan casing yang nipis dan licin di bahagian hujung tetapi ia sangat teguh.


No comments:

Post a Comment