Friday, 13 April 2012

IPAD 2 VS THE NEW IPAD


SAIZ DAN BERAT
Ok, mari kita mulakan dengan perbezaan saiz antara kedua-dua ipad 2 dan ipad 3 ini.Dari segi dimension bentuk iPad 2 (ukuran adalah dalam mm),ia berukuran 241.2 (tinggi) x 185.7 (lebar) x 8.8 (tebal)  manakala iPad 3 adalah 241.2 (tinggi) x 185.7 (lebar) x 9.4 (tebal).Daripada angka yang ditunjukkan,didapati iPad 3 adalah lebih tebal dari iPad 2 dan ini diperkukuhkan lagi dengan perbezaan berat antara kedua-duanya iaitu iPad 2 adalah 607g manakala iPad 3 adalah 662g.

PAPARAN SKRIN
Apple masih mengekalkan skrin dari jenis LED-backlit IPS TFT, capacitive touchscreen, 16M colors pada iPad 3 sepertimana yang terdapat di dalam iPad 2 sebelum ini.Begitu juga dengan ciri Multitouch yang ada pada kedua-duanya dan juga Scratch-resistant glass, oleophobic coating yang juga terdapat di dalam iPad 2.Perbezaan yang ada pada skrin iPad keluaran baru Apple kali ini ialah perbezaan saiz pixels iaitu 768 x 1024 pixels, 9.7 inches (~132 ppi pixel density) pada iPad 2 yang sebelumnya manakala pada iPad 3 mereka telah menaiktaraf resolusi skrin kepada 1536 x 2048 pixels, 9.7 inches (~264 ppi pixel density).

MEMORI DAN DATA
Apple masih lagi mengekalkan versi 16gb,32gb dan 64gb pada iPad 3.Perbezaan yang ada dari segi data penyimpanan dalaman adalah, iPad 2 menggunakan RAM 512MB manakala iPad 3 menggunakan 1GB RAM.
Dari segi data untuk kemudahan pengguna dalam melayari internet,iPad 2 dan 3 sama-sama mempunyai ciri-ciri GPRS dan EDGE serta ia juga mempunyai persamaan dari segi WLAN dan USB port.Perbezaan yang ada di bahagian data ini adalah dari segi kelajuan yang dipertingkatkan pada iPad 3.Jika pada iPad 2 ia hanya dibekalkan dengan kelajuan HSDPA dan HSUPA, Apple telah mempertingkatkan kelajuan pada iPad 3 dengan ciri DC-HSDPA, 42 Mbps,HSDPA, 21 Mbps,HSUPA, 5.76 Mbps,LTE, 73 Mbps,Rev. A, lebih kepada 3.1 Mbps.

KAMERA
Ini adalah satu ciri yang amat aku pentingkan dalam setiap pemilihan  gajet kerana dengan adanya sistem kamera,jika pada masa tersebut kita perlu merakamkan sesuatu,kita tidak mempunyai kamera sebenar untuk merakam, kita ada pilihan lain iaitu menggunakan kamera yang ada pada gajet kita.Dan yang penting juga, kamera pada gajet tersebut haruslah suatu sistem yang dapat memberikan hasil gambar atau video yang baik.Berbalik pada perbezaan kamera pada kedua-dua iPad 2 dan iPad 3, nampaknya Apple telah mempertingkatkan kualiti kamera pada iPad 3 ini.Jika pada keluaran iPad 2 mereka hanya meletakkan 0.7 MP, 960 x 720 pixels pada sistem kameranya,pada keluaran baru kali ini mereka menambahbaik sistem kamera dengan 5 MP, 2592 x 1944 pixels ditambah pula dengan ciri autofocus,Touch focus, geo-tagging, HDR dan face detection.Video pula adalah 720p@30fps pada iPad 2 manakala 1080p@30fps pada iPad 3 ditambah lagi dengan ciri video stabilization.
Pada kamera di bahagian hadapan pula,untuk iPad 2 ia mempunyai ciri VGA sahaja tetapi telah dipertingkatkan di iPad 3 dengan ciri VGA, 480p@30fps.

CIRI-CIRI LAIN
Pada iPad 2, Chipset yang digunakan adalah dari jenis Apple A5 manakala pada iPad 3,Apple telah menambahbaik dengan menggunakan Chipset yang baru iaitu Apple A5X.Kedua-duanya masih mengekalkan CPU Dual-core 1 GHz Cortex-A9 dan menggunakan Sensor Accelerometer, gyro, compass.
Untuk sistem pesanan pula, kedua-duanya masih dibekalkan dengan ciri iMessage, Email, Push Email, IM.Standard Internet Browser pula masih lagi Safari serta masih terdapat sistem GPS dengan A-GPS support pada kedua-dua iPAd 2 dan iPad 3.
Satu perbezaan yang ada ialah penggunaan GPU PowerVR SGX543MP2 pada iPad 2 dan telah dipertingkatkan dengan GPU PowerVR SGX543MP4 (quad-core graphics) pada iPad 3.
Selain dari itu, iPad 3 juga ditambah dengan ciri yang menarik sepertimana yang terdapat pada iPhone 4S iaitu SIRI.

Itulah antara serba sedikit perbezaan-perbezaan yang ada pada iPad 2 dan iPad 3.Bagi peminat-peminat gajet Apple di luar sana, bolehlah membuat kajian,kesimpulan dan pertimbangan sendiri dalam membuat keputusan samada perlu atau tidak menukar ke iPad versi baru iaitu iPad 3 atau masih kekal dengan iPad yang korang ada sekarang.Tapi, kalau ada bajet lebih dan memang gila gajet,pakai la dua-dua..takde orang nak larang pun..

No comments:

Post a Comment