BBM untuk Android dan iOS telah diperkatakan sejak daripada tahun lepas, dan kini ia dilaporkan
yang mana Research In Motion, syarikat disebalik BlackBerry mensasarkan
untuk melancarkan BBM untuk Android dan iOS pada tahun ini. Aplikasi
permesejan popular daripada BlackBerry ini dijangka akan disertakan
bersama-sama dengan aplikasi Mobile Fusion untuk iOS dan Android.
Walaubagaimanapun, buat masa ini, tarikh pasti pelancarannya masih
tidak diketahui lagi. Melalui paparan skrin yang kelihatan, ia
menunjukkan yang mana aplikasi yang dijalankan dilabelkan sebagai BBM
untuk Android 0.8.87. Melalui paparan skrin tersebut juga, ia kelihatan
yang mana ujian untuk iPhone turut dilakukan pada masa yang sama.
Buat masa ini, seperti biasa, RIM masih tidak mengeluarkan sebarang
kenyataan rasmi berkaitan dengannya. Namun persoalannya, dengan sokongan
pelbagai aplikasi seperti What’s App, ChatON dan sebagainya, adakah
para pengguna akan menggunakan BBM pada peranti mereka sekiranya ia
benar-benar dilancarkan kelak?
No comments:
Post a Comment